Wednesday 13 March 2013

Mazhab Az-Zahiri


KOLEJ UNIVERSITI ISLAM MELAKA
AKADEMI PENGAJIAN ISLAM
DIPLOMA SYARIAH ISLAMIYYAH SEMESTER 2 (C)

MABAHITH HUKUM (SYR 3073)
TAJUK TUGASAN :
MAZHAB AZ-ZAHIRI

DISEDIAKAN OLEH :
NORFIRDATUL NAFRIZA BT MD. NAFIAH (D1210943)
YASMIN BINTI MOHD SANI (D1211217)
TOHIROH BINTI MAKTAR (D1211138)
NOR AIZAM BINTI ZAWAWI (D1211121)

PENSYARAH SUBJEK :
USTAZ SUHAIMI ABU HASAN
 
 
 
 
 


PENDAHULUAN

            Mazhab (مذهب) ialah bahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam. Dalam Islam sebenarnya ada banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan berijtihad adalah ramai. Bagaimanapun, mazhab muktabar yang boleh dibuat pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab iaitu Mazhab Syafie, Maliki, Hanafi dan Hanbali. Hal ini kerana, Mazhab Az-Zahiri merupakan mazhab yang telah pupus.  Pupus di sini menurut ulama Fikh adalah mazhab yang tidak mempunyai tokoh dan pengikut yang ramai. Sekalipun ada sebahagian pendapat mazhab tersebut dianuti sebahagian ulama atau masyarakat, hal tersebut hanya merupakan salah satu pendapat yang menjadi alternatif bagi menjawab persoalan tertentu. Selain itu, mazhab tersebut dikatakan pupus kerana pendapatnya tidak dibukukan dan disebarkan secara luas serta pengikut yang sedikit atau tiada.
Imam-imam mazhab mempunyai kaedah yang tersendiri dalam mengeluarkan sesuatu hukum sehinggalah mazhab mereka telah diiktiraf oleh para ilmuan islam.Mazhab-mazhab ada empat iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Keempat-empat mazhab ini diiktiraf secara ijma’. Manakala mazhab Zahiri juga diantara mazhab yang diiktiraf tetapi kedudukannya tidak sama dengan empat mazhab diatas. Kedudukannya sama seperti Mazhab Abu Laith dan yang lain-lain lagi. Oleh itu, setiap pandangan mereka turut dibahaskan  terutamanya dalam Fiqh Al-Muqarrin iaitu fiqh perbandingan.
Mazhab Zahiri adalah mazhab yang dipelopori oleh Imam Daud Ali Al-Zahiri. Mazhab Zahiri juga mempunyai kaedah yang kukuh dan tersendiri dalam mengeluarkan sesuatu hukum itu. Sekiranya ada yang mengatakan lebih baik jika terus mengikut Al-Quran dan As-Sunnah, maka Mazhab Zahiri adalah lebih baik terus mengikut Al-Quran dan As-Sunnah. Ini kerana hukum dari Al-Quran dan As-Sunnah memerlukan kefahaman dan ilmu-ilmu asas utama serta disiplin (kaedah) dalam menentukan sesuatu hukum yang lahir darinya. Inilah yang telah dilaksanakan oleh keempat-empat imam tersebut, disebabkan oleh itulah mazhab-mazhab mereka diiktiraf secara ijma’. Walaupun beramal dengan sesuatu mazhab itu merupakan tuntutan. Ini kerana kita amal jahil bagi memahami Al-Quran dan As-Sunnah itu secara sendiri, apatah lagi bagi mengeluarkan sesuatu hukum melalui keduanya. Tambahan pula tiada langsung ilmu-ilmu asas bagi memahami nas.
Justeru itu, bagi kita yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam memahami nas dan mengeluarkan hukum, kita dituntut untuk melazimi sesuatu mazhab itu, kerana pendapat yang lahir dari mazhab-mazhab tersebut adalah hasil dari kaedah yang sama.
Firman Allah S.W.T,

فسئلواْ أهل الذكر إن كنتم لاتعلمون[1]
Maksudnya : “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui”. Wallahualam.


MAZHAB ZAHIRI

Pengasasnya ialah Abu Sulaiman Daud bin Ali Al-Asfahani Al-Zahiri dan sebab beliau menamakan mazhab beliau “Zahiri” adalah kerana beliau mengambil nas-nas dari Al-Quran dan As-Sunnah secara zahir, yang mana jika tiada sebarangnya dalil dari keduanya yang menunjukkan Ianya bukan secara zahir, ataupun tiadanya sebarang ijma’ yang bercanggah dengan nas yang dipandang secara  zahir tersebut.[2]




Sesungguhnya Imam Daud amat berpegang dengan firman Allah Taala ini,

فإن تنزعتم فى شىء فردوه إلى الله والرسول[3]
Maksud : “Jika kalian berselisih terhadap sesuatu maka kembalikanlah ianya kepada Allah dan RasulNya”,  bahkan telah menjadikan ayat Allah ini sebagai asas utama mazhabnya ini, oleh kerana itu beliau amat  berpegang dengan dalil-dalil dari Al-Quran dan As-Sunnah dan Ijmak para ulama’ ummah,dan sesungguhnya beliau menolak pada beramal dengan hujah Al-Qiyas dan Al-Istihsan dan juga dalil-dalil syarak yang lain.[4]
Asas Mazhab Zahiri ialah yang beramal dengan zahir Al-Quran dan Sunnah selama tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa yang dikehendaki daripadanya ialah bukan makna yang zahir. Jika tidak ada nas, berpindah kepada ijma’ dengan syarat hendaklah ia merupakan ijma’ dari semua ulama. Mereka juga menerima ijma’ para sahabat. Jika tidak terdapat nas atau ijma’, mereka akan menggunakan istishab, iaitu Al-Ibahah Al-Asliyyah iaitu keharusan sediakala.
Mazhab Al-Zahiri diasaskan oleh Daud Ibn Ali Al-Asfahani (202-270 H). Sebagai yang telah dilihat oleh Daud adalah salah seorang dari murid Al-Syafi’I, tetapi kemudian telah membentuk mazhabnya tersendiri yang dikenali dengan nama Al-Zahiri, sesuai dengan namanya, prinsip dasar mazhab ini adalah memahami nas Al-Quran dan sunnah Nabi SAW secara literal, selama tidak ada dalil lain yang menunjukkan bahawa pengertian yang dimaksudkan dari suatu nas bukan makna literalnya. Apabila suatu masalah tidak dijumpai hukumnya dalam nas, maka mereka berpedoman pada ijma'.
Ijma' yang mereka terima adalah ijma' dari semua ulama’ mujtahid pada suatu masa tertentu, sesuai dengan pengertian ijma' yang dikemukakan oleh ulama’ usul fiqh. Menurut Muhammad Yusuf Musa, pendapat Az-Zahiri merupakan bahasa halus dalam menolak kehujahan ijma', kerana ijma' seperti ini tidak mungkin terjadi seperti yang dikemukakan oleh Imam asy-Syafi'i. Kemudian, mereka juga menolak qiyas, istihsan, al-maslahah al-mursalah dan metode istinbat lainnya yang didasarkan pada ra’yu (pemikiran).[5]

MAZHAB-MAZHAB FIQH

Mazhab Fiqh yang kita sedia maklum terdiri dari Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali. Namun telah diceritakan oleh Syaikhuna Haji Muhammad Rajab Al-Idrisi, terdapat 13 mazhab fiqh ahlu sunnah dan yang tinggal pada zaman sekarang cuma 4 mazhab sahaja dan yang lainnya sudah pupus. Tetapi pendapat mazhab ini masih lagi dipakai seandainya timbul kekeliruan di dalam menetapkan sesuatu hukum. Mazhab ahlu sunnah sebenarnya terdiri dari 13, antaranya:
1. Mazhab Hassan Al-Basri
2. Mazhab Al-Auza'i (Mazhab Al-Awzaiyy)
3. Mazhab Abi Hunifah (Mazhab Hanafi)
4. Mazhab Sufian Al-Thauri (Mazhab Al-Thawriyy)
5. Mazhab Maliki (Mazhab Maliki)
6. Mazhab Al-Laith Ibn Sa'id (Mazhab Al-Layth)
7. Mazhab Al-Syafi'i (Mazhab Syafii)
8. Mazhab Sufian Ibn Uyainah
9. Mazhab Ishaq Ibn Rohuwih
10. Mazhab Ahmad Ibn Hanbal (Mazhab Hanbali)
11. Mazhab Abi Thur
12. Mazhab Daud Al-Zohiri (Mazhab Zahiri)
13. Mazhab Ibn Jarir Al-Tobari (Mazhab Tabariyy)

SEJARAH MAZHAB ZAHIRI

Mazhab Ahlu Sunnah Yang Pupus : Mazhab Az-Zahiri.
Bila kita membaca beberapa kitab kuning seperti Matla’al Badrin, Muniatul Musholli, Sabilal Muhtadin, Bahrul Maazi dan lain-lain, kita pasti akan terjumpa penulis kitab berkenaan akan merujuk juga kepada pandangan mazhab yang telah pupus seperti pandangan Az-Zahiri, Al-Laits, Ishak, As-Sauri dan lain-lain. Kemunculan mazhab-mazhab ini bermula pada awal kurun yang kedua hingga ke kurun yang keempat hijrah. Meskipun mazhab ini telah pupus namun sesetengah pandangan mereka masih dirujuk oleh ulama kemudian dari mereka.
Imam Daud bin Al-Asfahani Az-Zahiri adalah pemimpin bagi golongan Mazhab Az- Zahiri. Beliau yang bertanggungjawab meletakkan asas kepada mazhab ini dan telah dikembangkan oleh Abu Muhammad Ali bin Said bin Hazam Al-Andalusi.
Imam Daud dilahirkan di Kufah pada tahun 202 H dan meninggal dunia pada tahun 270 H di Baghdad. Beliau adalah di antara hufaz hadis iaitu golongan yang sampai ke martabat Muhaddis di dalam bidang hadis. Disamping itu, beliau juga adalah mujtahid dalam bidang fiqh dan mempunyai mazhab tersendiri selepas beliau mempelajari Mazhab Syafie ketika di Baghdad. Asas Mazhab Az-Zahiri ialah beramal dengan zahir Al-Quran dan Sunnah selama mana tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa ia mempunyai makna yang tersirat disebalik zahir ayat Al-Quran atau Sunnah. Beliau juga berpegang kepada Ijmak Ulama dan turut menerima Ijmak Para Sahabat.
Manakala berhubung dengan qias, ra’yu dan Istihsan dan hukum yang dilahirkan berdasarkan dalil-dalil tersebut dengan menggunakan ijtihad adalah ditolak dan tidak diambil kira dalam menentukan sebarang hukum. Mazhab Az-Zahiri ini juga menolak sebarang taqlid. Sebahagian ulama telah berkata Daud Ibn Ali Al-Asfahani (202-270 H) adalah salah seorang dari murid Al-Syafi’i, tetapi kemudian membentuk mazhab tersendiri yang dikenali dengan nama Az-Zahiri. Sesuai dengan namanya, prinsip dasar mazhab ini adalah memahami nas Al-Quran dan sunnah Nabi secara literal, selama tidak ada dalil lain yang menunjukkan bahawa pengertian yang dimaksudkan dari suatu nas bukan makna literalnya.[6]
Maka apabila suatu masalah tidak dijumpai hukumnya dalam nas, maka mereka akan berpedoman pada ijma'. Ijma' yang mereka terima adalah ijma' seluruh ulama mujtahid pada suatu masa tertentu,sesuai dengan pengertian ijma' yang dikemukakan oleh ulama usul fiqh. Menurut Muhammad Yusuf Musa, pendapat Az-Zahiri merupakan bahasa halus dalam menolak kehujahan ijma', kerana ijma' seperti ini tidak mungkin terjadi seperti yang dikemukakan oleh Imam asy-Syafi'i. Kemudian, mereka juga menolak qiyas, istihsan, al-maslahah al-mursalah dan kaedah istinbat yang lain berdasarkan pada ra'yu iaitu rasional semata-mata.


PENDAPAT-PENDAPAT AHLU AZ-ZAHIRI

Beberapa pendapat Ahlu Az-Zahiri yang bertentangan dengan jumhur ‘ulama dan imam mazhab empat antara lain ialah membolehkan melihat anggota tubuh wanita sewaktu melamarnya. Kedua, isteri boleh bersedekah dengan harta suaminya. Ketiga, tindakan orang sakit yang membawa kematian sama dengan orang sihat. Tidak ada rukhsah. Keempat, hakim boleh membatalkan wasiat seseorang yang dipandang merugikan suatu pihak.
Sekalipun para tokoh Mazhab Az-Zahiri banyak menulis buku dalam bidang fiqh, mazhab ini tidak utuh karena pengikut fanatiknya tidak banyak. Akan tetapi, dalam syarah fiqh, pendapat mazhab ini sering dinukilkan ulama fiqh sebagai perbandingan antara mazhab. Mazhab ini pernah dianut oleh sebahagian daripada  masyarakat di Andalusia, Sepanyol.
Antara pendapat Az-Zahiri yang lain ialah mengharamkan untuk minum daripada bekas yang diperbuat dari emas dan perak. Ini hanyalah khusus untuk tujuan menggunakan emas dan perak untuk minum. Mengenai hukum riba pula, mereka hanya mengharamkan enam jenis riba yang disebut di dalam hadis. Dalam masalah suami isteri, Mazhab Az-Zahiri berpendapat bahawa isteri yang kaya perlu menanggung perbelanjaan suaminya yang susah.Pendapat Mazhab ini adalah sama dengan pendapat Abu Thawr iaitu di dalam Mazhab Al-Thawriyy,seorang pengasas Mazhab Fiqh yang telah pupus.
Dalam masalah kulit babi dan anjing yang telah disamak,Mazhab Az-Zahiri mengharuskan memakainya sebagai kasut. Begitu juga dengan kucing hutan, diharuskan memakannya dan tidak ada pengharaman yang  jelas ke atasnya. Membaca Basmalah ketika menyembelih haiwan untuk korban atau untuk dimakan adalah syarat dan syarat ini tidak akan tergugur dengan disebabkan terlupa, sengaja mahupun jahil. Selain itu, wajib qada' puasa berturut-turut. Tidak boleh berselang hari. Pendapat ini sama seperti Mazhab Hanafi.
Kemudian mazhab Az-Zahiri ini berkembang luas di Andalusia pada kurun yang kelima dan kemudiannya merosot dan pupus pada kurun yang kelapan hijrah.Ia bersesuaian dengan keadaan persekitaran masyarakat Andalusia ketika itu. Ketahuilah, setiap mazhab ialah suatu cabang fiqh yang memudahkan masyarakat yang berpegang pada pendapat mazhab itu untuk meneruskan cara hidup mengikut persekitaran mereka. Ada yang kita lihat berat, ada yang kita lihat terlalu ringan. Ini kerana kita berada dalam suasana kemasyarakatan, kebudayaan, adat dan kenegaraan yang berbeza.
Mazhab Zahiri adalah sebuah mazhab yang membangun kefahamannya dengan memahami sumber ajaran Islam secara tekstual. Mazhab Zahiri merupakan salah satu mazhab fikh yang pertama kali muncul di Sepanyol dan Afrika Utara. Selain nama Zahiri, aliran ini juga dikenal dengan nama mazhab Ad-Daudi. Para pengikut mazhab ini disebut dengan Az-Zahiriyyah (Penganut ajaran lahiriyah). Sehinggalah sekarang, pemikiran-pemikiran aliran ini masih boleh dijumpai, bahkan sering menjadi bahan perbandingan ketika melakukan pembahasan-pembahasan kontemporari.[7]
Mazhab ini berkembang sejak abad ke-3 hingga ke-8 hijriyah. Mazhab ini pertama kali dibangunkan oleh tokoh fiqh terkenal yang bernama Daud bin Ali bin Khalaf al-Isfahani (202-270 H) yang dikenali dengan Abu Sulaiman.Sebagai salah satu aliran yang cukup besar, adalah sangat menarik untuk mengkajinya. Mazhab Zahiri merupakan salah satu hasil dari perkembangan pemikiran umat Islam.       
       
LATAR BELAKANG DAN PERKEMBANGAN

Daud az-Zahiri, sebagai pengikut mazhab Syafi’i, dengan tekun mendalami fiqh dan usul fiqh imam Syafi’i. Dalam perkembangan selanjutnya, Daud Az-Zahiri melihat bahawa ternyata imam Syafi’i dan murid-muridnya juga menggunakan nalar dalam berijtihad. Penggunaan nalar secara intensif dan efektif oleh imam Syafi’i dan murid-muridnya terlihat jelas ketika mereka menggunakan qias. Kerana itu, Daud Az-Zahiri menganggap bahawa mazhab Syafi’i dengan pendekatan qiasnya dan mazhab Hanafi dengan istihsannya sesungguhnya relatif sama dalam penggunaan nalar ketika berusaha menggali dan menetapkan hukum.
Di samping itu, pada abad ke-dua hijriyah telah muncul pelbagai aliran dalam rangka bagi memahami sumber hukum Islam. Aliran Muktazilah yang lebih menonjol dalam bidang teologi terkenal dengan kemampuan akal, sementara aliran Al-Bathiniyah iaitu salah satu aliran Syi’ah terkenal sebagai yang mentakwilkan ayat Al-Quran al-Karim secara berlebihan. Kedua-dua aliran tersebut menurut Daud Az-Zahiri sudah melampaui batasan dalam menggunakan akal dalam memahami nas.
Ketika akan diperlakukan sebagai sesuatu yang memliki kekuatan yang begitu tinggi, termasuk oleh penganut mazhab Syafi’i dan mazhab Hanafi, Daud Az-Zahiri menganggapnya dengan mendirikan mazhab baru, suatu mazhab yang justeru membatasi secara ketat akal terhadap wahyu. Aliran ini menggali hukum dari nas Al-Quran Al-Karim sebatas yang dapat ditangkap secara lahiriyah saja, sementara makna yang tidak jelas ertinya akan ditolak. Pentakwilan hanya dilakukan ketika ada dalil yang mendukung pentakwilan tersebut. Namun demikian, bukan bererti mazhab Zahiriyyah menolak kehadiran akal dalam memahami nas, hanya kerana sikap berhati-hatinya mereka lebih dominan.
Adapun yang mendukung penyebaran mazhab Zahiriyyah antara lain adalah Daud az-Zahir menulis pendapatnya dengan dalil-dalil yang cukup kuat. Murid-muridnya berfungsi sebagai penyebar dan penerus ajarannya, antara lain iaitu Ibnu Hazm (putra Daud az-Zahiri), Abu Yahya Zakaria bin Yahya bin Abdullah Saji’ (w. 307 H),Ibrahim bin Naftawaih (244-323 H) dan Abu Hasan Abdullah bin Ahmad bin al-Mugallas (w. 324).
Dari pengikut aliran Zahiriyyah, terdapat orang-orang yang berpengaruh pada pemerintahan Bani Umayyah seperti qadi Abu Al-Qasim Ubadilillah bin Ali an-Nakha’i yang membawahi wilayah kehakiman Khurasan dan Iran. Pada abad ke-empat hijriyah,aliran ini tidak hanya berkembang di Iraq dan Iran tapi juga meluas hingga ke Oman dan Sind.
Di dunia Timur, mazhab Zahiri masih memiliki penganut hingga pertengahan abad ke-lima hijriyah. Pada saat itu muncul Muhammad bin Husain bin Muhammad Abu Ya’la al-Farra’ al-Hanbali (w. 458 H), beliau adalah seorang tokoh dari aliran Hanbali, kemudian menguasai usul fiqh, mendalami Alquran Al-Karim dan Hadis. Beliau juga merupakan seorang qadi, dalam kapasitinya sebagai qadi, ia berhasil mengugat posisi mazhab Zahiri dan sejak itulah mazhab tersebut semakin menurun dan digantikan oleh mazhab Hambali.
Pada abad ke-lima yakni di saat mazhab Zahiriyyah mulai mundur di sebelah dunia timur, akan tetapi sebaliknya di sebelah dunia barat,tepatnya di Sepanyol justeru muncul Ibnu Hazm yang menyebarkan dan membangun mazhab Zahiriyyah, sehingga mazhab ini menjadi besar dan mempunyai pengikut yang ramai.
Munculnya Ibnu Hazm di Barat bukan bererti mazhab Zahiri baru dikenali di Sepanyol pada priode Ibnu Hazm tersebut. Pada akhir abad ke-tiga Baqi bin Bukhalat (200-276 H), Ibnu Waddah (w. 286 H) dan Qasim bin Asbagh (w. 340 H) ketiga-tiganya ahli fiqh dari Sepanyol, sekembalinya menuntut ilmu dari dunia timur,mereka membawa ajaran mazhab Zahiri ke Sepanyol. Bahkan terdapat ulama fiqh dari Iraq yang berkunjung ke Sepanyol dengan membawa mazhab Zahiri tersebut.
Mereka yang dimaksudkan antara lain ialah Abdullah bin Qasim bin Qasim as-Sayyar (w. 272 H) dan Mundzir bin Sa’id al-Balluti (273-335 H).Setelah priode Mundzir bin Sa’id, muncul pula Mas’ud bin Sulaiman bin Muflih Abu al-Khayyar (w. 426 H).Tokoh yang disebut terakhir ini merupakan seorang mujtahid yang memiliki kebebeasan cara berfikir dan yang menjadi guru utama Ibnu Hazm dalam mempelajari dan mendalami ajaran mazhab Zahiri.
Ibnu Hazm merupakan tokoh yang menjadikan mazhab Zahiriyyah berkembang pesat di dunia Barat. Ibnu Hazam menulis berbagai karya dan mengarahkan beberapa orang muridnya bagi mengembangkan dan memperjuangkan mazhab ini, sehingga menurut penilaian Muhammad Abu Zahrah (w. 1394 H) seorang fakih kontemporari Mesir, tidak terdapat tokoh di Sepanyol yang tidak memiliki tokoh yang bermazhab Zahiri, dan tidak ada di pelosok Sepanyol yang tidak menganut mazhab ini.
Daerah-daerah selain Sepanyol yang sempat dijangkau oleh murid-murid Ibnu Hazm dalam rangka bagi mengembangkan dan mengajarkan mazhab Zahiriyyah antara lain adalah Maroko atau Maghribi. Di daerah ini yang menyebarkan dan mengembangkan mazhab Zahiri adalah Muhammad bin Suraih (392-476 H) di Maroko, pada waktu itu dikenali adanya kelompok al-Hazmiyyah, iaitu sekelompok ulama fiqh yang menganut secara bersungguh-sungguh ajaran Ibnu Hazm. Mazhab Zahiriyyah pernah menjadi mazhab resmi rakyat Maroko, iaitu pada masa pemerintahan Abu Yusuf Ya’qub, Al-Manshur iaitu seorang sultan dinasti Muwahhidun yang memerintah pada tahun 580-595 H.
Manakala di Baghdad pula, mazhab Zahiriyyah tumbuh dan dikembangkan oleh Muhammad bin Nashr Futuh bin Abdullah al-Asadi al-Humaidi (420-488 H) ahli dalam bidang sejarah dan periwayatan hadis dan diteruskan oleh Abu al-Fadhl Muhammad bin Tahir al-Makdisi (488-507 H). Selain itu, di Iskadariyah mazhab Zahiriyyah dilanjutkan dan dikembangkan oleh Muhammad bin al-Walid al-Fikhri (w. 502 H). Sementara itu di Sepanyol sendiri sepeninggalan oleh Ibnu Hazm,mazhab Zahiriyyah dikembangkan dan diteruskan oleh Abu Rafi’ bin Fadhal bin Ali bin Sa’id bin Hazim atau salah seorang putera Ibnu Hazm yang tidak diketahui kelahiran dan tahun wafatnya, Abdul Baqi bin Muhammad bin Sa’id bin Biryal al-Anshari (416-502 H).
Perkembangan mazhab Zahiri di Syuriah tidak hanya terbatas pada sisi ajaran keagamaan saja, tetapi juga dalam masalah politik praktikal. Pada tahun 788 H, sebahagian dari tokoh mazhab ini iaitu dibawah pimpinan Syihabuddin Abu Hasyim Ahmad bin Muhammad bin Isma’il bin Abdurrahman bin Yusuf (704-792 H) melakukan pemberontakan terhadap pemerintah Mamluk yang berkuasa saat itu,tetapi pemberontakan itu dapat digagalkan oleh pemerintah yang berkuasa dan pelaku. Akan tetapi tidak semua tokoh mazhab Zahiriyyah ikut dalam pemberontakan tersebut, di antaranya adalah Musa bin Amir Syafaruddin az-Zanji (w. 788 H) dan Ahmad bin Muhammad bin Manshur bin Abdullah Syihabuddin al-Asymuni (w. 809 H).
Pada akhir abad ke-8 awal abad ke-9 H, mazhab Zahiri mengalami kemerosotan jumlah pengikut. Penyebab kemerosotan ini antara lain munculnya buku al-Khuttat (catatan-catatan sejarah yang memuat informasi negatif tentang mazhab Zahiriyyah), buku itu ditulis oleh Ahmad bin Ali bin Abdulkadir Abul Abbas al-Husain al-Ubaidi Taqiyuddin al-Makrizi (w. 845 H) ahli Sejarah dari Persia.


AJARAN DAN FAHAMAN MAZHAB ZAHIRIYAH

Ajaran dan fahaman yang berkembang dalam mazhab Zahiri berkisah pada persoalan sumber hukum Islam dan pendekatan yang digunakan dalam memahami sumber tersebut. Konsekuensi logik dari perbezaan tersebut adalah adanya perbezaan pendapat dalam masalah fiqhnya, mazhab Zahiriyyah hanya mengenal tiga sumber hukum Islam, iaitu Al-Quran Al-Karim, sunnah Rasulullah saw dan ijma’.  Bagi penganut mazhab Zahiriyyah, keumuman nas Alquran al-Karim dan sunnah sudah cukup untuk menjawab semua tentangan dan masalah. Pendirian tersebut berdasarkan firman Allah SWT :

ونزلنا عليك الكتب تبينا لكل شىء وهدى ورحمة وبشرى للمسلمين[8]
Maksudnya : “Dan kami turunkan kepadamu al-Kitab untuk menjelaskan segala sesuatu dan petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri”.

Dalam rangka memahami sumber-sumber utama tersebut,para pengikut mazhab Zahiriyyah menolak intervensi rasio dengan segala bentuknya. Dengan demikian, konsep istihsan, istishab, dan takwil  mereka tolak. Akan tetapi untuk mengatasi persoalan yang belum tersentuh secara jelas oleh nash baik Al-Quran al-Karim mahupun sunnah, mereka menggunakan pendapat  yang disebutkan ada Ad-dalil dan istishab.

Ad-dalil adalah suatu metode pemahaman atas suatu nash (al-istidlal al-fikh) yang menurut ulama aliran mazhab Zahiriyyah pada hakikatnya tidak keluar dari nas atau ijma’ itu sendiri. Dengan pendekatan ad-dalil dilakukan pengembangan suatu nash atau ijma’ melalui dilalah atau petunjuknya secara langsung tanpa langsung mengeluarkan illatnya terlebih dahulu.Dengan demikian, konsep ad-dalil tidak sama dengan qias sebab untuk melakukan proses qias diperlukan kesamaan illat antara kes asal dan kes baru, sedangkan pada ad-dalil tidak diperlukan mengetahui illat tersebut.
Pendekatan hukum ad-dalil dari suatu nas dapat mengambil bentuk sebagai keputusan (natijah) yang ditarik dari premis-premis yang terdapat dalam suatu nas , contohnya, di dalam hadis Rasulullah saw disebutkan  : Setiap yang memabukkan adalah khamar adalah premis pertama dan setiap khamar hukumnya haram adalah premis ke-dua, dan kesimpulan (natijah)nya adalah setiap yang memabukkan hukumnya haram.Dengan demikian pengharaman khamar adalah melalui nas dan pengharaman minuman yang memabukkan, melalui pendekatan ad-dalil yang dalam hal ini natijah biasa disebutkan dengan qadaya-qadiyah sughra dan kubra, atau natijah dalam ilmu mantiq.
Syarat yang dikaitkan dengan suatu sifat atau keadaan apabila syarat untuk terjadi atau terwujudnya suatu sifat atau keadaan telah terpenuhi maka sifat atau keadaan yang dijanjikan harus ada.


Sebagai contoh firman Allah swt,

قل للذين كفرواْ إن ينتهواْ يغفر لهم ما قد سلف .....[9]
Maksudnya : “Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu jika mereka berhenti (dari kekafirannya) nescaya Allah SWT  akan mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang telah lalu.....” sekalipun pada mulanya ayat tersebut ditujukan kepada Abu Sufyan dan kawan-kawannya, namun dengan pendekatan dalil ayat tersebut dapat membantu semua orang yang berhenti dari kekafirannya. Dengan pendekatan ad-dalil tersebut, setiap orang yang berhenti dari kekafirannya, maka yang bersangkutan akan mendapatkan keampunan dari Allah SWT.

Erti yang dikandung suatu lafaz , bererti lafaz tersebut menolak makna atau keadaan lain dengan makna tersebut, seperti makna lafaz halim yang terdapat dalam surat Taubah ayat 104 yang ertinya : “Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat lembut hatinya lagi penyantun. Penyantun=halim. Lafaz halim tersebut berdasarkan pendekatan ad-dalil menunjukkan bahwa Ibrahim tidak mungkin memiliki sifat kasar, yang tidak menyantun.

Semua keadaan/hukum tidak dapat ditetapkan kecuali satu, ada kalanya haram adakalanya fardhu, dan ada kalanya mubah. Maka apabila tidak ada ketentuan haram,atau fardhu maka hukumnya mubah. Hal semacam ini menurut penilaian Abu Zahrah termasuk dalam kategori isitishaq menurut konsep mazhab Zahiriyyah.

Al-qadhaya al-mudarajah maksudnya adalah bahawa peringkat pertama pasti lebih tinggi dari peringkat ketiga, sekalipun dalam teks tidak disebutkan secara tersurat. Pembalikan kedudukan (aks al-qadhaya), maksudnya di sebalik kedudukan umum yang positif (kulliah mujabah). Sentiasa ada kedudukan khusus terbatas (juziyyah) yang merupakan pembalikan dari kedudukan umum tadi. Untuk memperjelaskan konsep ini, Ibnu Hazm mengemukakan contoh sebagai berikut : semua yang memabukkan hukumnya haram (Kedudukan umum), dengan demikian dapat diambil pengertian bahawa sebahagian dari yang haram itu memabukkan (kedudukan khusus/terbatas).

Lafaz yang di dalamnya terdapat pengertian atau makna lain yang harus ada untuk mewujudkan makna utamanya. Misalnya kalimat : Ainul Aswad sedang menulis. Dari kalimat ini dapat diambil pengertian bahawa ia hidup, memliki anggota badan yang dapat digunakan untuk menulis, sebab untuk mewujudkan yang berasangkutan menulis maka ia harus hidup dan mempunyai anggota tubuh yang dapat digunakan untuk menulis.

DALIL-DALIL DARI IJMAK
Adapun ad-dalil dari ijma’ menurut Ibnu Hazm ada empat iaitu :

a. tetap pada hukum semula (istishab hal)
Berdasarkan pada ketentuan dalil ini,maka jika ada suatu dalil yang mewajibkan suatu perbuatan dan oleh seseorang dinyatakan bahwa hukum sesuatu telah berubah maka yang bersangkutan harus mendatangkan dalil lain yang dapat mengubah hukum.Sepanjang tidak terdapat dalil yang memadai untuk mengubah hukum yang ada maka hukum yang lama tetap berlaku. Menurut Ibnu Hazm keharusan berpegang pada hukum semula selama tidak ada dalil baru, itulah yang paling meyakinkan.Keyakinan tidak boleh dihilangkan kecuali dengan keyakinan lain.

b. batas minimal suatu jumlah atau ukuran (aqallu ma qila).
Contohnya, orang diajak bersedekah. Jika ada orang bersedekah sekecil apapun nilainya, yang bersangkutan telah berhak disebut “orang yang bersedekah”. Demikian juga apabila terjadi perbezaan antara ulama mengenai suatu jumlah, maka jumlah yang terendah merupakan batas minima dan kedudukan inilah yang merupakan ijma’,kerana diakui oleh semua pihak yang berselisih.

c. ijma’ untuk meninggalkan suatu pendapat.
Seandainya terjadi perbezaan pendapat di antara beberapa ulama mengenai satu masalah, dan mereka sepakat untuk meninggalkan salah satu pendapat-pendapat tersebut, maka kesepakatan tersebut merupakan dalil bahawa pendapat dimaksudkan telah batal.

d. ijma’ bahwa satu hukum pada dasarnya berlaku untuk semua ummat Islam.
Hal ini berdasarkan pertimbangan bahawa setiap manusia sama kedudukannya di depan hukum. Oleh kerana itu, jika ada hukum yang pada mulanya hanya tertuju hanya pada sebahagian orang saja,maka berdasarkan ketentuan ini,hukum tersebut harus berlaku juga bagi orang lain. Mengenai konsep ad-dalil ini, menurut berbagai ulama, termasuk Abu Bakar Ahmad al-Khatib al-Bagdadi (1002-1071 H),ahli sejarah dari desa Darzijan di wilayah Baghdad, Daud bin Ali bin Qalab bin Isfahani az-Zahiri yang menolak kias, sesungguhnya hanya secara teoritis,sedangkan secara praktis Daud az-Zahir juga mengamalkan qias sekalipun diberi nama lain,iaitu ad-dalil.Akan tetapi, terhadap penilaian tersebut, Ibnu Hazm membantahnya dengan tegas dengan mengatakan bahawa  “sebahagian dari orang-orang yang tidak mengerti mengatakan bahawa qias dan dalil adalah sama. Oleh kerana itu, mereka telah keliru”.

Selain itu, untuk memecahkan persoalan-persoalam yang belum diterjemahkan oleh Al-Quran Al-Karim, sunnah serta ijma’, mazhab Zahiriyyah mengembangkan konsep al-istishab, iaitu menghukumkan/menetapkan hukum mubah sebagai hukum asal bagi segala sesuatu. Hal ini, menurut penganut mazhab Zahiriyyah berdasarkan petunjuk dalam surah al-Baqarah ayat 29 yang ertinya :“Dialah Allah swt, yang menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu.....”.

Mengenai takwil sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Ibnu Hazm, sesungguhnya takwil yang ditolak bukanlah takwil secara umum dan secara keseluruhan,hanya takwil yang sudah melampaui batas seperti menakwilkan kata Baqarah dengan Aisyah, sedangkan takwil yang didukung oleh dalil wajib, maka mereka tidak menolaknya.

Yang juga pentingnya untuk disebutkan adalah bahawa Daud az-Zahiri melarang mutlak ummat Islam untuk bertaklid, sehingga orang awam pun tidak dizinkan bertaklid. Maka apabila seorang yang awam tidak mampu berijtihad, maka ia harus bertanya kepada seseorang yang mampu menjelaskan masalah tersebut kepadanya, lengkap dengan dalil, baik dari Al-Quran al-Karim dan sunnah.

Akibat dari pendekatan ijtihadnya yang berbeza,maka banyak pula hasil pendapat hukum yang berbeza dengan pendapat hukum kebanyakan ulama. Beberapa pendapat tersebut adalah:

Kebijakan (tasarruf) yang berkaitan dengan hak waris dan hibah misalnya, yang dilakukan oleh seorang yang dalam keadaan sakit,dalam hal ini sakit yang membawa kepada mati yang bersangkutan,adalah sah dan memiliki akibat hukum sebagaimana orang yang sihat, sedangkan menurut jumhur ulama hal tersebut tidak dapat dinyatakan sah. Jumhur ulama mengajukan bahawa tasrruf yang demikian dikhuatirkan hanya berdasarkan pertimbangan kasih sayang yang emosional yang akan menghalangi hak waris bagi ahli waris karena seluruh harta telah dihibahkan kepada orang yang dikasihi tersebut. Menurut ulama penganut mazhab Zahiriyyah yang dijadikan kelompok jumhur tersebut tidak dapat diterima berdasarkan pada nas, tetapi hanya berdasarkan rasional, dan tidak ada tempat bagi rasional dalam menetapkan hukum Islam.

Air dapat terkena najis kerana dimasuki oleh air kencing manusia,kerana ada nas hadisnya. Rasulullah saw bersabda : “Janganlah salah seorang dari kamu kencing di air yang tergenang (tidak mengalir) kemudian ia mandi di dalam air tersebut”. Dan tidak terkena najis karena dimasuki oleh kencing babi karena tidak ada nashnya. Apabila dikatakan kepada mereka bahkan hukum kencing babi mengikuti hukum dagingnya, dan dagingnya najis hukumnya, tentulah kencingnya pun najis .
Tidak sah talak kecuali dengan menggunakan lafaz “at-talak”, as-sara (melepaskan), al-firaq (memisahkan). Hal ini disebabkan kerana tiga macam lafaz yang disebut oleh nas, dalam hal ini adalah Al-Quran al-Karim surah al-Baqarah : 229, 241, an-Nisa :130, al-Ahzab:49 dan surah at-Thalaq ayat 2. Kerana Allah swt  tidak menyebutkan kecuali tiga lafaz ini, maka tidak boleh melepaskan ikatan perkahwinan yang dilakukan dengan menggunakan kalimat lain.
Setiap segala sesuatu yang tumbuh di bumi yang mempunyai nilai ekonomi wajib dizakati, hanya saja pada hasil bumi yang diukur dengan timbangan ditetapkan syarat supaya harta  tersebut wajib dizakati hendaklah dalam satu jenis dan sudah mencapai lima wasak (lebih kurang 553 kg) menurut jumhur ulama fikh. Sedangkan pada hasil bumi yang tidak diukur dengan timbangan akan terkena kewajiban zakat baik banyak ataupun sedikit. Pendapat di atas berdasarkan a). riwayat Ibnu Abbas bahwa ia memungut zakat dari daun kucai. b) riwayat Ibnu Umar memungut zakat salt (sejenis gandum yang tidak berkulit), sedangkan c). Riwayat Umar bin Abdul Aziz menujukkan bahawa wajib hukumnya mengeluarkan zakat pada seluruh yang dihasilkan oleh bumi. Ketiga hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Untuk membangun mazhabnya, Daud az-Zahiri menulis beberapa karya, antara lain:
Kitab al-hujjah.
Kitab al-Khabar al-Mujib li al-Ilmi, iaitu kajian tentang informasi keilmuan.
Kitab al-Khusus wa al-Umum, buku tentang penjelasan lafaz umum dan khusus.
Kitab al-Mufassar wa al-Mujmal, mengenai lafaz yang jelas dan tidak jelas pengertiannya.
Kitab al-Ifta al-Qiyas, yakni masalah penolakan atas qias.
Ifta al-Taqlid, buku yang berisi mengenai larangan bertaklid.
Khabar al-Wahid, buku tentang hadis Ahad.

SUMBANGAN



Pada peringkat awal sahaja, mazhab al-Zahiri mendapat sambutan daripada ramai masyarakat. Namun bagaimanapun pada kurun kelima hijrah mazhab ini telah merosot dan kemudian pada kurun kelapan mazhab tersebut telah lenyap sama sekali. Di mana kesan-kesan peninggalan serta dasar mereka hanya termaktub dalam kitab-kitab Fiqh sahaja. 

Mazhab al-Zahiri tersebut sebelumnya pernah tersebar di beberapa negara iaitu Baghdad, Iraq serta Parsi. Seterusnya Mazhab tersebut juga diikuti oleh segelintir masyarakat yang tinggal atau menetap dunia negara ini iaitu di Afrika dan Andalusia.

Untuk menyebarkan aliran dari mazhab tersebut, Daud az-Zahiri telah mengarang beberapa buah kitab berdasarkan bab Fiqh, antaranya yang utama adalah : Kitab Ibtal al-Taklid, Kitab Ibtal al-Qiyas, Khabar al-Wahid, Kitab al-Mujib lil al-'llm, Kitab al-Hujjah serta Kitab al-Mufassir wal al-Mujmal.
 



PENUTUP

Secara umumnya bermazhab bagi membolehkan kita mengamalkan agama dengan faham yang sebenarnya. Sebabnya, kita tidak mampu dan kebanyakkan kita tidak layak kerana tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk berijtihad.
Secara tuntasnya, walaupun mazhab Daud Az-Zahiri ini tersebar luas dan betapa ramainya pengikut yang telah mengikut beliau tetapi mazhab ini tidaklah bertahan lama dan tidak di guna pakai lagi semenjak dari kurun ke lapan hijrah dan tidak berbaki lansung mazhabnya ini melainkan hanyalah berupa pendapat yang terdapat di kitab-kitab.
Sesungguhnya Imam Daud telah dikira sebagai penghafaz hadis nabi dan juga merupakan Imam yang tersangat berpegang dengan dalil dari al-sunnah bahkan terlalu fanatic di dalam mengambilnya sebagai dalil hokum syarak dan tanpa syarak.
Dan kini hanya mazhab yang terus berkembang hingga sekarang dan masih banyak di ikuti umat Islam hanya 4 mazhab iaitu :
Mazhab Hanafi yang dirintis oleh Imam Abu Hanifah (W.150 H). Pemikiran hukum mazhab ini bercorak rasional ( ahl al – ra’yi). Hal ini di sebabkan kerana mazhab ini bermula di Khufah Iraq yang terletak jauh di Madinah.
Mazhab Maliki yang didirikan oleh Imam Malik bin Anas ( 179 H). Pemikiran mazhab ini banyak di pengaruhi oleh sunnah yang cenderung tekstual. Imam Malik termasuk periwayat hadis, karyanya yang paling monumental ialah al- Muwaththa.
Mazhab Syafi’I yang didirikan oleh Abu Abdullah Muhammad bin Idris al- Syafi’I (W.204 M). dan mazhab yang keempat ialah mazhab Hambali didirikan oleh Ahmad bin Muhammad bin Hanbal ( W.241 M).
Oleh kerana itu, kita hendaklah mengikuti salah satu mazhab kerana mereka juga telah mengikuti al-Quran dan al- hadis. Dan dengan bermazhablah juga kita akan mudah mengamalkan agama dengan lebih sempurna mengikuti cara yang telah di nyatakan oleh Imam mazhab yang kita ikuti.


[1] Al-Quran, Surah Al-Nahl ayat 43
[2] http://al-quran.bahagia.us/_q.php?_q=sihab&dft=&dfa=&dfi=&dfq=&u2=&ui=1&nba=90
[3] Al-Quran, Surah an-Nisa ayat 59
[4] http://alhammasiyy.wordpress.com/laman-sejarah-imam/mazhab-mazhab-yang-pupus/
[5] http://makalahmajannaii.blogspot.com/2012/05/mazhab-zahiri-aliran-zahiriyah.html
[6] http://makalahmajannaii.blogspot.com/2012/05/mazhab-zahiri-aliran-zahiriyah.html
[7]http://al-quran.bahagia.us/_q.php?_q=sihab&dft=&dfa=&dfi=&dfq=&u2=&ui=1&nba=90
[8] Al-Quran, Surah al-Nahl ayat 89
[9] Al-Quran, Surah al-Anfal ayat 38