KOLEJ
UNIVERSITI ISLAM MELAKA
AKADEMI
PENGAJIAN ISLAM
DIPLOMA
SYARIAH ISLAMIYYAH SEMESTER 2 (C)
MABAHITH
HUKUM (SYR 3073)
TAJUK
TUGASAN :
MAZHAB
AZ-ZAHIRI
DISEDIAKAN
OLEH :
NORFIRDATUL
NAFRIZA BT MD. NAFIAH (D1210943)
YASMIN
BINTI MOHD SANI (D1211217)
TOHIROH
BINTI MAKTAR (D1211138)
NOR
AIZAM BINTI ZAWAWI (D1211121)
PENSYARAH
SUBJEK :
USTAZ SUHAIMI ABU HASAN
PENDAHULUAN
Mazhab
(مذهب)
ialah bahagian pemikiran atau fiqah dalam Islam. Dalam Islam sebenarnya ada
banyak mazhab. Hal ini kerana ulama yang berkemampuan dari kalangan sahabat
Nabi, tabiin dan tabi’ Al-Tabiin yang mempunyai cukup syarat dan keperluan
berijtihad adalah ramai. Bagaimanapun, mazhab muktabar yang boleh dibuat
pendapat dan beramal untuk umum cuma empat mazhab iaitu Mazhab Syafie, Maliki,
Hanafi dan Hanbali. Hal ini kerana,
Mazhab Az-Zahiri merupakan mazhab yang telah pupus. Pupus di sini menurut ulama Fikh adalah mazhab
yang tidak mempunyai tokoh dan pengikut yang ramai. Sekalipun ada sebahagian
pendapat mazhab tersebut dianuti sebahagian ulama atau masyarakat, hal tersebut
hanya merupakan salah satu pendapat yang menjadi alternatif bagi menjawab
persoalan tertentu. Selain itu, mazhab tersebut dikatakan pupus kerana
pendapatnya tidak dibukukan dan disebarkan secara luas serta pengikut yang
sedikit atau tiada.
Imam-imam
mazhab mempunyai kaedah yang tersendiri dalam mengeluarkan sesuatu hukum
sehinggalah mazhab mereka telah diiktiraf oleh para ilmuan islam.Mazhab-mazhab
ada empat iaitu Mazhab Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Keempat-empat mazhab
ini diiktiraf secara ijma’. Manakala mazhab Zahiri juga diantara mazhab
yang diiktiraf tetapi kedudukannya tidak sama dengan empat mazhab diatas. Kedudukannya
sama seperti Mazhab Abu Laith dan yang lain-lain lagi. Oleh itu, setiap
pandangan mereka turut dibahaskan
terutamanya dalam Fiqh Al-Muqarrin iaitu fiqh perbandingan.
Mazhab
Zahiri adalah mazhab yang dipelopori oleh Imam Daud Ali Al-Zahiri. Mazhab
Zahiri juga mempunyai kaedah yang kukuh dan tersendiri dalam mengeluarkan
sesuatu hukum itu. Sekiranya ada yang mengatakan lebih baik jika terus mengikut
Al-Quran dan As-Sunnah, maka Mazhab Zahiri adalah lebih baik terus mengikut
Al-Quran dan As-Sunnah. Ini kerana hukum dari Al-Quran dan As-Sunnah memerlukan
kefahaman dan ilmu-ilmu asas utama serta disiplin (kaedah) dalam menentukan
sesuatu hukum yang lahir darinya. Inilah yang telah dilaksanakan oleh
keempat-empat imam tersebut, disebabkan oleh itulah mazhab-mazhab mereka
diiktiraf secara ijma’. Walaupun beramal dengan sesuatu mazhab itu
merupakan tuntutan. Ini kerana kita amal jahil bagi memahami Al-Quran dan
As-Sunnah itu secara sendiri, apatah lagi bagi mengeluarkan sesuatu hukum
melalui keduanya. Tambahan pula tiada langsung ilmu-ilmu asas bagi memahami
nas.
Justeru
itu, bagi kita yang tidak mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam memahami
nas dan mengeluarkan hukum, kita dituntut untuk melazimi sesuatu mazhab itu, kerana
pendapat yang lahir dari mazhab-mazhab tersebut adalah hasil dari kaedah yang
sama.
Firman
Allah S.W.T,
فسئلواْ أهل الذكر إن كنتم لاتعلمون[1]
Maksudnya
: “Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama
jika kamu tidak mengetahui”. Wallahualam.
MAZHAB ZAHIRI
Pengasasnya
ialah Abu Sulaiman Daud bin Ali Al-Asfahani Al-Zahiri dan sebab beliau
menamakan mazhab beliau “Zahiri” adalah kerana beliau mengambil nas-nas dari
Al-Quran dan As-Sunnah secara zahir, yang mana jika tiada sebarangnya dalil dari
keduanya yang menunjukkan Ianya bukan secara zahir, ataupun tiadanya sebarang ijma’
yang bercanggah dengan nas yang dipandang secara zahir tersebut.[2]
Sesungguhnya
Imam Daud amat berpegang dengan firman Allah Taala ini,
فإن تنزعتم فى شىء فردوه إلى الله والرسول[3]
Maksud
: “Jika kalian berselisih terhadap sesuatu maka kembalikanlah ianya kepada
Allah dan RasulNya”, bahkan telah
menjadikan ayat Allah ini sebagai asas utama mazhabnya ini, oleh kerana itu
beliau amat berpegang dengan dalil-dalil
dari Al-Quran dan As-Sunnah dan Ijmak para ulama’ ummah,dan sesungguhnya beliau
menolak pada beramal dengan hujah Al-Qiyas dan Al-Istihsan dan juga dalil-dalil
syarak yang lain.[4]
Asas
Mazhab Zahiri ialah yang beramal dengan zahir Al-Quran dan Sunnah selama tidak
ada dalil yang menunjukkan bahawa yang dikehendaki daripadanya ialah bukan
makna yang zahir. Jika tidak ada nas, berpindah kepada ijma’ dengan
syarat hendaklah ia merupakan ijma’ dari semua ulama. Mereka juga
menerima ijma’ para sahabat. Jika tidak terdapat nas atau ijma’, mereka akan
menggunakan istishab, iaitu Al-Ibahah Al-Asliyyah iaitu keharusan sediakala.
Mazhab
Al-Zahiri diasaskan oleh Daud Ibn Ali Al-Asfahani (202-270 H). Sebagai yang
telah dilihat oleh Daud adalah salah seorang dari murid Al-Syafi’I, tetapi
kemudian telah membentuk mazhabnya tersendiri yang dikenali dengan nama Al-Zahiri,
sesuai dengan namanya, prinsip dasar mazhab ini adalah memahami nas Al-Quran
dan sunnah Nabi SAW secara literal, selama tidak ada dalil lain yang
menunjukkan bahawa pengertian yang dimaksudkan dari suatu nas bukan makna
literalnya. Apabila suatu masalah tidak dijumpai hukumnya dalam nas, maka
mereka berpedoman pada ijma'.
Ijma'
yang mereka terima adalah ijma' dari semua ulama’ mujtahid pada
suatu masa tertentu, sesuai dengan pengertian ijma' yang dikemukakan
oleh ulama’ usul fiqh. Menurut Muhammad Yusuf Musa, pendapat Az-Zahiri
merupakan bahasa halus dalam menolak kehujahan ijma', kerana ijma'
seperti ini tidak mungkin terjadi seperti yang dikemukakan oleh Imam
asy-Syafi'i. Kemudian, mereka juga menolak qiyas, istihsan, al-maslahah al-mursalah
dan metode istinbat lainnya yang didasarkan pada ra’yu (pemikiran).[5]
MAZHAB-MAZHAB
FIQH
Mazhab
Fiqh yang kita sedia maklum terdiri dari Mazhab Hanafi, Maliki, Syafi'i dan Hanbali.
Namun telah diceritakan oleh Syaikhuna Haji Muhammad Rajab Al-Idrisi, terdapat
13 mazhab fiqh ahlu sunnah dan yang tinggal pada zaman sekarang cuma 4 mazhab
sahaja dan yang lainnya sudah pupus. Tetapi pendapat mazhab ini masih lagi
dipakai seandainya timbul kekeliruan di dalam menetapkan sesuatu hukum. Mazhab
ahlu sunnah sebenarnya terdiri dari 13, antaranya:
1.
Mazhab Hassan Al-Basri
2.
Mazhab Al-Auza'i (Mazhab Al-Awzaiyy)
3.
Mazhab Abi Hunifah (Mazhab Hanafi)
4.
Mazhab Sufian Al-Thauri (Mazhab Al-Thawriyy)
5.
Mazhab Maliki (Mazhab Maliki)
6.
Mazhab Al-Laith Ibn Sa'id (Mazhab Al-Layth)
7.
Mazhab Al-Syafi'i (Mazhab Syafii)
8.
Mazhab Sufian Ibn Uyainah
9.
Mazhab Ishaq Ibn Rohuwih
10.
Mazhab Ahmad Ibn Hanbal (Mazhab Hanbali)
11.
Mazhab Abi Thur
12. Mazhab
Daud Al-Zohiri (Mazhab Zahiri)
13.
Mazhab Ibn Jarir Al-Tobari (Mazhab Tabariyy)
SEJARAH
MAZHAB ZAHIRI
Mazhab
Ahlu Sunnah Yang Pupus : Mazhab Az-Zahiri.
Bila
kita membaca beberapa kitab kuning seperti Matla’al Badrin, Muniatul Musholli, Sabilal
Muhtadin, Bahrul Maazi dan lain-lain, kita pasti akan terjumpa penulis kitab berkenaan
akan merujuk juga kepada pandangan mazhab yang telah pupus seperti pandangan Az-Zahiri,
Al-Laits, Ishak, As-Sauri dan lain-lain. Kemunculan mazhab-mazhab ini bermula
pada awal kurun yang kedua hingga ke kurun yang keempat hijrah. Meskipun mazhab
ini telah pupus namun sesetengah pandangan mereka masih dirujuk oleh ulama
kemudian dari mereka.
Imam
Daud bin Al-Asfahani Az-Zahiri adalah pemimpin bagi golongan Mazhab Az- Zahiri.
Beliau yang bertanggungjawab meletakkan asas kepada mazhab ini dan telah
dikembangkan oleh Abu Muhammad Ali bin Said bin Hazam Al-Andalusi.
Imam
Daud dilahirkan di Kufah pada tahun 202 H dan meninggal dunia pada tahun 270 H
di Baghdad. Beliau adalah di antara hufaz hadis iaitu golongan yang sampai ke
martabat Muhaddis di dalam bidang hadis. Disamping itu, beliau juga adalah
mujtahid dalam bidang fiqh dan mempunyai mazhab tersendiri selepas beliau mempelajari
Mazhab Syafie ketika di Baghdad. Asas Mazhab Az-Zahiri ialah beramal dengan
zahir Al-Quran dan Sunnah selama mana tidak ada dalil yang menunjukkan bahawa
ia mempunyai makna yang tersirat disebalik zahir ayat Al-Quran atau Sunnah. Beliau
juga berpegang kepada Ijmak Ulama dan turut menerima Ijmak Para Sahabat.
Manakala
berhubung dengan qias, ra’yu dan Istihsan dan hukum yang dilahirkan
berdasarkan dalil-dalil tersebut dengan menggunakan ijtihad adalah ditolak dan
tidak diambil kira dalam menentukan sebarang hukum. Mazhab Az-Zahiri ini juga
menolak sebarang taqlid. Sebahagian ulama telah berkata Daud Ibn Ali
Al-Asfahani (202-270 H) adalah salah seorang dari murid Al-Syafi’i, tetapi
kemudian membentuk mazhab tersendiri yang dikenali dengan nama Az-Zahiri. Sesuai
dengan namanya, prinsip dasar mazhab ini adalah memahami nas Al-Quran dan
sunnah Nabi secara literal, selama tidak ada dalil lain yang menunjukkan bahawa
pengertian yang dimaksudkan dari suatu nas bukan makna literalnya.[6]
Maka
apabila suatu masalah tidak dijumpai hukumnya dalam nas, maka mereka akan
berpedoman pada ijma'. Ijma' yang mereka terima adalah ijma'
seluruh ulama mujtahid pada suatu masa tertentu,sesuai dengan pengertian ijma'
yang dikemukakan oleh ulama usul fiqh. Menurut Muhammad Yusuf Musa, pendapat Az-Zahiri
merupakan bahasa halus dalam menolak kehujahan ijma', kerana ijma' seperti
ini tidak mungkin terjadi seperti yang dikemukakan oleh Imam asy-Syafi'i. Kemudian,
mereka juga menolak qiyas, istihsan, al-maslahah al-mursalah dan kaedah
istinbat yang lain berdasarkan pada ra'yu iaitu rasional semata-mata.
PENDAPAT-PENDAPAT AHLU
AZ-ZAHIRI
Beberapa
pendapat Ahlu Az-Zahiri yang bertentangan dengan jumhur ‘ulama dan imam mazhab
empat antara lain ialah membolehkan melihat anggota tubuh wanita sewaktu
melamarnya. Kedua, isteri boleh bersedekah dengan harta suaminya. Ketiga, tindakan
orang sakit yang membawa kematian sama dengan orang sihat. Tidak ada rukhsah.
Keempat, hakim boleh membatalkan wasiat seseorang yang dipandang merugikan
suatu pihak.
Sekalipun
para tokoh Mazhab Az-Zahiri banyak menulis buku dalam bidang fiqh, mazhab ini
tidak utuh karena pengikut fanatiknya tidak banyak. Akan tetapi, dalam syarah fiqh,
pendapat mazhab ini sering dinukilkan ulama fiqh sebagai perbandingan antara
mazhab. Mazhab ini pernah dianut oleh sebahagian daripada masyarakat di Andalusia, Sepanyol.
Antara
pendapat Az-Zahiri yang lain ialah mengharamkan untuk minum daripada bekas yang
diperbuat dari emas dan perak. Ini hanyalah khusus untuk tujuan menggunakan
emas dan perak untuk minum. Mengenai hukum riba pula, mereka hanya mengharamkan
enam jenis riba yang disebut di dalam hadis. Dalam masalah suami isteri, Mazhab
Az-Zahiri berpendapat bahawa isteri yang kaya perlu menanggung perbelanjaan
suaminya yang susah.Pendapat Mazhab ini adalah sama dengan pendapat Abu Thawr
iaitu di dalam Mazhab Al-Thawriyy,seorang pengasas Mazhab Fiqh yang telah
pupus.
Dalam
masalah kulit babi dan anjing yang telah disamak,Mazhab Az-Zahiri mengharuskan
memakainya sebagai kasut. Begitu juga dengan kucing hutan, diharuskan
memakannya dan tidak ada pengharaman yang jelas ke atasnya. Membaca Basmalah ketika
menyembelih haiwan untuk korban atau untuk dimakan adalah syarat dan syarat ini
tidak akan tergugur dengan disebabkan terlupa, sengaja mahupun jahil. Selain
itu, wajib qada' puasa berturut-turut. Tidak boleh berselang hari. Pendapat ini
sama seperti Mazhab Hanafi.
Kemudian
mazhab Az-Zahiri ini berkembang luas di Andalusia pada kurun yang kelima dan
kemudiannya merosot dan pupus pada kurun yang kelapan hijrah.Ia bersesuaian
dengan keadaan persekitaran masyarakat Andalusia ketika itu. Ketahuilah, setiap
mazhab ialah suatu cabang fiqh yang memudahkan masyarakat yang berpegang pada
pendapat mazhab itu untuk meneruskan cara hidup mengikut persekitaran mereka. Ada
yang kita lihat berat, ada yang kita lihat terlalu ringan. Ini kerana kita
berada dalam suasana kemasyarakatan, kebudayaan, adat dan kenegaraan yang berbeza.
Mazhab
Zahiri adalah sebuah mazhab yang membangun kefahamannya dengan memahami sumber
ajaran Islam secara tekstual. Mazhab Zahiri merupakan salah satu mazhab fikh
yang pertama kali muncul di Sepanyol dan Afrika Utara. Selain nama Zahiri, aliran
ini juga dikenal dengan nama mazhab Ad-Daudi. Para pengikut mazhab ini disebut
dengan Az-Zahiriyyah (Penganut ajaran lahiriyah). Sehinggalah
sekarang, pemikiran-pemikiran aliran ini masih boleh dijumpai, bahkan sering
menjadi bahan perbandingan ketika melakukan pembahasan-pembahasan kontemporari.[7]
Mazhab
ini berkembang sejak abad ke-3 hingga ke-8 hijriyah. Mazhab ini pertama kali
dibangunkan oleh tokoh fiqh terkenal yang bernama Daud bin Ali bin Khalaf al-Isfahani
(202-270 H) yang dikenali dengan Abu Sulaiman.Sebagai salah satu aliran yang
cukup besar, adalah sangat menarik untuk mengkajinya. Mazhab Zahiri merupakan
salah satu hasil dari perkembangan pemikiran umat Islam.
LATAR
BELAKANG DAN PERKEMBANGAN
Daud
az-Zahiri, sebagai pengikut mazhab Syafi’i, dengan tekun mendalami fiqh dan usul
fiqh imam Syafi’i. Dalam perkembangan selanjutnya, Daud Az-Zahiri melihat bahawa
ternyata imam Syafi’i dan murid-muridnya juga menggunakan nalar dalam
berijtihad. Penggunaan nalar secara intensif dan efektif oleh imam Syafi’i dan
murid-muridnya terlihat jelas ketika mereka menggunakan qias. Kerana itu, Daud
Az-Zahiri menganggap bahawa mazhab Syafi’i dengan pendekatan qiasnya dan mazhab
Hanafi dengan istihsannya sesungguhnya relatif sama dalam penggunaan nalar
ketika berusaha menggali dan menetapkan hukum.
Di
samping itu, pada abad ke-dua hijriyah telah muncul pelbagai aliran dalam
rangka bagi memahami sumber hukum Islam. Aliran Muktazilah yang lebih menonjol
dalam bidang teologi terkenal dengan kemampuan akal, sementara aliran
Al-Bathiniyah iaitu salah satu aliran Syi’ah terkenal sebagai yang mentakwilkan
ayat Al-Quran al-Karim secara berlebihan. Kedua-dua aliran tersebut menurut
Daud Az-Zahiri sudah melampaui batasan dalam menggunakan akal dalam memahami
nas.
Ketika
akan diperlakukan sebagai sesuatu yang memliki kekuatan yang begitu tinggi, termasuk
oleh penganut mazhab Syafi’i dan mazhab Hanafi, Daud Az-Zahiri menganggapnya
dengan mendirikan mazhab baru, suatu mazhab yang justeru membatasi secara ketat
akal terhadap wahyu. Aliran ini menggali hukum dari nas Al-Quran Al-Karim
sebatas yang dapat ditangkap secara lahiriyah saja, sementara makna yang tidak
jelas ertinya akan ditolak. Pentakwilan hanya dilakukan ketika ada dalil yang mendukung
pentakwilan tersebut. Namun demikian, bukan bererti mazhab Zahiriyyah menolak
kehadiran akal dalam memahami nas, hanya kerana sikap berhati-hatinya mereka
lebih dominan.
Adapun
yang mendukung penyebaran mazhab Zahiriyyah antara lain adalah Daud az-Zahir
menulis pendapatnya dengan dalil-dalil yang cukup kuat. Murid-muridnya
berfungsi sebagai penyebar dan penerus ajarannya, antara lain iaitu Ibnu Hazm
(putra Daud az-Zahiri), Abu Yahya Zakaria bin Yahya bin Abdullah Saji’ (w. 307
H),Ibrahim bin Naftawaih (244-323 H) dan Abu Hasan Abdullah bin Ahmad bin
al-Mugallas (w. 324).
Dari
pengikut aliran Zahiriyyah, terdapat orang-orang yang berpengaruh pada
pemerintahan Bani Umayyah seperti qadi Abu Al-Qasim Ubadilillah bin Ali
an-Nakha’i yang membawahi wilayah kehakiman Khurasan dan Iran. Pada abad ke-empat
hijriyah,aliran ini tidak hanya berkembang di Iraq dan Iran tapi juga meluas
hingga ke Oman dan Sind.
Di
dunia Timur, mazhab Zahiri masih memiliki penganut hingga pertengahan abad
ke-lima hijriyah. Pada saat itu muncul Muhammad bin Husain bin Muhammad Abu
Ya’la al-Farra’ al-Hanbali (w. 458 H), beliau adalah seorang tokoh dari aliran
Hanbali, kemudian menguasai usul fiqh, mendalami Alquran Al-Karim dan Hadis. Beliau
juga merupakan seorang qadi, dalam kapasitinya sebagai qadi, ia berhasil mengugat
posisi mazhab Zahiri dan sejak itulah mazhab tersebut semakin menurun dan
digantikan oleh mazhab Hambali.
Pada
abad ke-lima yakni di saat mazhab Zahiriyyah mulai mundur di sebelah dunia
timur, akan tetapi sebaliknya di sebelah dunia barat,tepatnya di Sepanyol
justeru muncul Ibnu Hazm yang menyebarkan dan membangun mazhab Zahiriyyah,
sehingga mazhab ini menjadi besar dan mempunyai pengikut yang ramai.
Munculnya
Ibnu Hazm di Barat bukan bererti mazhab Zahiri baru dikenali di Sepanyol pada
priode Ibnu Hazm tersebut. Pada akhir abad ke-tiga Baqi bin Bukhalat (200-276
H), Ibnu Waddah (w. 286 H) dan Qasim bin Asbagh (w. 340 H) ketiga-tiganya ahli
fiqh dari Sepanyol, sekembalinya menuntut ilmu dari dunia timur,mereka membawa
ajaran mazhab Zahiri ke Sepanyol. Bahkan terdapat ulama fiqh dari Iraq yang
berkunjung ke Sepanyol dengan membawa mazhab Zahiri tersebut.
Mereka
yang dimaksudkan antara lain ialah Abdullah bin Qasim bin Qasim as-Sayyar (w.
272 H) dan Mundzir bin Sa’id al-Balluti (273-335 H).Setelah priode Mundzir bin
Sa’id, muncul pula Mas’ud bin Sulaiman bin Muflih Abu al-Khayyar (w. 426 H).Tokoh
yang disebut terakhir ini merupakan seorang mujtahid yang memiliki kebebeasan
cara berfikir dan yang menjadi guru utama Ibnu Hazm dalam mempelajari dan
mendalami ajaran mazhab Zahiri.
Ibnu
Hazm merupakan tokoh yang menjadikan mazhab Zahiriyyah berkembang pesat di
dunia Barat. Ibnu Hazam menulis berbagai karya dan mengarahkan beberapa orang
muridnya bagi mengembangkan dan memperjuangkan mazhab ini, sehingga menurut
penilaian Muhammad Abu Zahrah (w. 1394 H) seorang fakih kontemporari Mesir, tidak
terdapat tokoh di Sepanyol yang tidak memiliki tokoh yang bermazhab Zahiri, dan
tidak ada di pelosok Sepanyol yang tidak menganut mazhab ini.
Daerah-daerah
selain Sepanyol yang sempat dijangkau oleh murid-murid Ibnu Hazm dalam rangka
bagi mengembangkan dan mengajarkan mazhab Zahiriyyah antara lain adalah Maroko
atau Maghribi. Di daerah ini yang menyebarkan dan mengembangkan mazhab Zahiri
adalah Muhammad bin Suraih (392-476 H) di Maroko, pada waktu itu dikenali
adanya kelompok al-Hazmiyyah, iaitu sekelompok ulama fiqh yang menganut secara bersungguh-sungguh
ajaran Ibnu Hazm. Mazhab Zahiriyyah pernah menjadi mazhab resmi rakyat Maroko, iaitu
pada masa pemerintahan Abu Yusuf Ya’qub, Al-Manshur iaitu seorang sultan
dinasti Muwahhidun yang memerintah pada tahun 580-595 H.
Manakala
di Baghdad pula, mazhab Zahiriyyah tumbuh dan dikembangkan oleh Muhammad bin
Nashr Futuh bin Abdullah al-Asadi al-Humaidi (420-488 H) ahli dalam bidang
sejarah dan periwayatan hadis dan diteruskan oleh Abu al-Fadhl Muhammad bin
Tahir al-Makdisi (488-507 H). Selain itu, di Iskadariyah mazhab Zahiriyyah
dilanjutkan dan dikembangkan oleh Muhammad bin al-Walid al-Fikhri (w. 502 H). Sementara
itu di Sepanyol sendiri sepeninggalan oleh Ibnu Hazm,mazhab Zahiriyyah
dikembangkan dan diteruskan oleh Abu Rafi’ bin Fadhal bin Ali bin Sa’id bin
Hazim atau salah seorang putera Ibnu Hazm yang tidak diketahui kelahiran dan
tahun wafatnya, Abdul Baqi bin Muhammad bin Sa’id bin Biryal al-Anshari
(416-502 H).
Perkembangan
mazhab Zahiri di Syuriah tidak hanya terbatas pada sisi ajaran keagamaan saja, tetapi
juga dalam masalah politik praktikal. Pada tahun 788 H, sebahagian dari tokoh
mazhab ini iaitu dibawah pimpinan Syihabuddin Abu Hasyim Ahmad bin Muhammad bin
Isma’il bin Abdurrahman bin Yusuf (704-792 H) melakukan pemberontakan terhadap
pemerintah Mamluk yang berkuasa saat itu,tetapi pemberontakan itu dapat
digagalkan oleh pemerintah yang berkuasa dan pelaku. Akan tetapi tidak semua
tokoh mazhab Zahiriyyah ikut dalam pemberontakan tersebut, di antaranya adalah
Musa bin Amir Syafaruddin az-Zanji (w. 788 H) dan Ahmad bin Muhammad bin
Manshur bin Abdullah Syihabuddin al-Asymuni (w. 809 H).
Pada
akhir abad ke-8 awal abad ke-9 H, mazhab Zahiri mengalami kemerosotan jumlah
pengikut. Penyebab kemerosotan ini antara lain munculnya buku al-Khuttat
(catatan-catatan sejarah yang memuat informasi negatif tentang mazhab
Zahiriyyah), buku itu ditulis oleh Ahmad bin Ali bin Abdulkadir Abul Abbas
al-Husain al-Ubaidi Taqiyuddin al-Makrizi (w. 845 H) ahli Sejarah dari Persia.
AJARAN
DAN FAHAMAN MAZHAB ZAHIRIYAH
Ajaran
dan fahaman yang berkembang dalam mazhab Zahiri berkisah pada persoalan sumber
hukum Islam dan pendekatan yang digunakan dalam memahami sumber tersebut. Konsekuensi
logik dari perbezaan tersebut adalah adanya perbezaan pendapat dalam masalah
fiqhnya, mazhab Zahiriyyah hanya mengenal tiga sumber hukum Islam, iaitu Al-Quran
Al-Karim, sunnah Rasulullah saw dan ijma’. Bagi penganut mazhab Zahiriyyah, keumuman nas
Alquran al-Karim dan sunnah sudah cukup untuk menjawab semua tentangan dan
masalah. Pendirian tersebut berdasarkan firman Allah SWT :
ونزلنا
عليك الكتب تبينا لكل شىء وهدى ورحمة وبشرى للمسلمين[8]
Maksudnya
: “Dan kami turunkan kepadamu al-Kitab untuk menjelaskan segala sesuatu dan
petunjuk serta rahmat dan khabar gembira bagi orang-orang yang berserah diri”.
Dalam
rangka memahami sumber-sumber utama tersebut,para pengikut mazhab Zahiriyyah
menolak intervensi rasio dengan segala bentuknya. Dengan demikian, konsep istihsan,
istishab, dan takwil mereka tolak. Akan
tetapi untuk mengatasi persoalan yang belum tersentuh secara jelas oleh nash
baik Al-Quran al-Karim mahupun sunnah, mereka menggunakan pendapat yang disebutkan ada Ad-dalil dan istishab.
Ad-dalil
adalah suatu metode pemahaman atas suatu nash (al-istidlal al-fikh) yang
menurut ulama aliran mazhab Zahiriyyah pada hakikatnya tidak keluar dari nas
atau ijma’ itu sendiri. Dengan pendekatan ad-dalil dilakukan pengembangan suatu
nash atau ijma’ melalui dilalah atau petunjuknya secara langsung tanpa langsung
mengeluarkan illatnya terlebih dahulu.Dengan demikian, konsep ad-dalil tidak
sama dengan qias sebab untuk melakukan proses qias diperlukan kesamaan illat
antara kes asal dan kes baru, sedangkan pada ad-dalil tidak diperlukan
mengetahui illat tersebut.
Pendekatan
hukum ad-dalil dari suatu nas dapat mengambil bentuk sebagai keputusan (natijah)
yang ditarik dari premis-premis yang terdapat dalam suatu nas , contohnya, di
dalam hadis Rasulullah saw disebutkan :
Setiap yang memabukkan adalah khamar adalah premis pertama dan setiap khamar
hukumnya haram adalah premis ke-dua, dan kesimpulan (natijah)nya adalah
setiap yang memabukkan hukumnya haram.Dengan demikian pengharaman khamar adalah
melalui nas dan pengharaman minuman yang memabukkan, melalui pendekatan
ad-dalil yang dalam hal ini natijah biasa disebutkan dengan qadaya-qadiyah sughra
dan kubra, atau natijah dalam ilmu mantiq.
Syarat
yang dikaitkan dengan suatu sifat atau keadaan apabila syarat untuk terjadi
atau terwujudnya suatu sifat atau keadaan telah terpenuhi maka sifat atau
keadaan yang dijanjikan harus ada.
Sebagai
contoh firman Allah swt,
قل
للذين كفرواْ إن ينتهواْ يغفر لهم ما قد سلف .....[9]
Maksudnya
: “Katakanlah kepada orang-orang yang kafir itu jika mereka berhenti (dari
kekafirannya) nescaya Allah SWT akan
mengampuni mereka tentang dosa-dosa mereka yang telah lalu.....” sekalipun
pada mulanya ayat tersebut ditujukan kepada Abu Sufyan dan kawan-kawannya, namun
dengan pendekatan dalil ayat tersebut dapat membantu semua orang yang berhenti
dari kekafirannya. Dengan pendekatan ad-dalil tersebut, setiap orang yang
berhenti dari kekafirannya, maka yang bersangkutan akan mendapatkan keampunan
dari Allah SWT.
Erti
yang dikandung suatu lafaz , bererti lafaz tersebut menolak makna atau keadaan
lain dengan makna tersebut, seperti makna lafaz halim yang terdapat dalam surat
Taubah ayat 104 yang ertinya : “Sesungguhnya Ibrahim adalah seorang yang sangat
lembut hatinya lagi penyantun. Penyantun=halim. Lafaz halim tersebut
berdasarkan pendekatan ad-dalil menunjukkan bahwa Ibrahim tidak mungkin
memiliki sifat kasar, yang tidak menyantun.
Semua
keadaan/hukum tidak dapat ditetapkan kecuali satu, ada kalanya haram adakalanya
fardhu, dan ada kalanya mubah. Maka apabila tidak ada ketentuan haram,atau
fardhu maka hukumnya mubah. Hal semacam ini menurut penilaian Abu Zahrah
termasuk dalam kategori isitishaq menurut konsep mazhab Zahiriyyah.
Al-qadhaya
al-mudarajah maksudnya adalah bahawa peringkat pertama pasti lebih tinggi dari
peringkat ketiga, sekalipun dalam teks tidak disebutkan secara tersurat. Pembalikan
kedudukan (aks al-qadhaya), maksudnya di sebalik kedudukan umum yang positif
(kulliah mujabah). Sentiasa ada kedudukan khusus terbatas (juziyyah) yang
merupakan pembalikan dari kedudukan umum tadi. Untuk memperjelaskan konsep ini,
Ibnu Hazm mengemukakan contoh sebagai berikut : semua yang memabukkan hukumnya
haram (Kedudukan umum), dengan demikian dapat diambil pengertian bahawa sebahagian
dari yang haram itu memabukkan (kedudukan khusus/terbatas).
Lafaz
yang di dalamnya terdapat pengertian atau makna lain yang harus ada untuk
mewujudkan makna utamanya. Misalnya kalimat : Ainul Aswad sedang menulis. Dari
kalimat ini dapat diambil pengertian bahawa ia hidup, memliki anggota badan
yang dapat digunakan untuk menulis, sebab untuk mewujudkan yang berasangkutan
menulis maka ia harus hidup dan mempunyai anggota tubuh yang dapat digunakan
untuk menulis.
DALIL-DALIL
DARI IJMAK
Adapun
ad-dalil dari ijma’ menurut Ibnu Hazm ada empat iaitu :
a.
tetap pada hukum semula (istishab hal)
Berdasarkan
pada ketentuan dalil ini,maka jika ada suatu dalil yang mewajibkan suatu
perbuatan dan oleh seseorang dinyatakan bahwa hukum sesuatu telah berubah maka
yang bersangkutan harus mendatangkan dalil lain yang dapat mengubah hukum.Sepanjang
tidak terdapat dalil yang memadai untuk mengubah hukum yang ada maka hukum yang
lama tetap berlaku. Menurut Ibnu Hazm keharusan berpegang pada hukum semula
selama tidak ada dalil baru, itulah yang paling meyakinkan.Keyakinan tidak
boleh dihilangkan kecuali dengan keyakinan lain.
b.
batas minimal suatu jumlah atau ukuran (aqallu ma qila).
Contohnya,
orang diajak bersedekah. Jika ada orang bersedekah sekecil apapun nilainya, yang
bersangkutan telah berhak disebut “orang yang bersedekah”. Demikian juga
apabila terjadi perbezaan antara ulama mengenai suatu jumlah, maka jumlah yang terendah
merupakan batas minima dan kedudukan inilah yang merupakan ijma’,kerana diakui
oleh semua pihak yang berselisih.
c.
ijma’ untuk meninggalkan suatu pendapat.
Seandainya
terjadi perbezaan pendapat di antara beberapa ulama mengenai satu masalah, dan
mereka sepakat untuk meninggalkan salah satu pendapat-pendapat tersebut, maka
kesepakatan tersebut merupakan dalil bahawa pendapat dimaksudkan telah batal.
d.
ijma’ bahwa satu hukum pada dasarnya berlaku untuk semua ummat Islam.
Hal
ini berdasarkan pertimbangan bahawa setiap manusia sama kedudukannya di depan
hukum. Oleh kerana itu, jika ada hukum yang pada mulanya hanya tertuju hanya
pada sebahagian orang saja,maka berdasarkan ketentuan ini,hukum tersebut harus
berlaku juga bagi orang lain. Mengenai konsep ad-dalil ini, menurut berbagai
ulama, termasuk Abu Bakar Ahmad al-Khatib al-Bagdadi (1002-1071 H),ahli sejarah
dari desa Darzijan di wilayah Baghdad, Daud bin Ali bin Qalab bin Isfahani
az-Zahiri yang menolak kias, sesungguhnya hanya secara teoritis,sedangkan
secara praktis Daud az-Zahir juga mengamalkan qias sekalipun diberi nama
lain,iaitu ad-dalil.Akan tetapi, terhadap penilaian tersebut, Ibnu Hazm
membantahnya dengan tegas dengan mengatakan bahawa “sebahagian dari orang-orang yang tidak
mengerti mengatakan bahawa qias dan dalil adalah sama. Oleh kerana itu, mereka
telah keliru”.
Selain
itu, untuk memecahkan persoalan-persoalam yang belum diterjemahkan oleh Al-Quran
Al-Karim, sunnah serta ijma’, mazhab Zahiriyyah mengembangkan konsep
al-istishab, iaitu menghukumkan/menetapkan hukum mubah sebagai hukum asal bagi
segala sesuatu. Hal ini, menurut penganut mazhab Zahiriyyah berdasarkan petunjuk
dalam surah al-Baqarah ayat 29 yang ertinya :“Dialah Allah swt, yang
menjadikan segala yang ada di bumi untuk kamu.....”.
Mengenai
takwil sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Ibnu Hazm, sesungguhnya takwil
yang ditolak bukanlah takwil secara umum dan secara keseluruhan,hanya takwil
yang sudah melampaui batas seperti menakwilkan kata Baqarah dengan Aisyah, sedangkan
takwil yang didukung oleh dalil wajib, maka mereka tidak menolaknya.
Yang
juga pentingnya untuk disebutkan adalah bahawa Daud az-Zahiri melarang mutlak
ummat Islam untuk bertaklid, sehingga orang awam pun tidak dizinkan bertaklid. Maka
apabila seorang yang awam tidak mampu berijtihad, maka ia harus bertanya kepada
seseorang yang mampu menjelaskan masalah tersebut kepadanya, lengkap dengan
dalil, baik dari Al-Quran al-Karim dan sunnah.
Akibat
dari pendekatan ijtihadnya yang berbeza,maka banyak pula hasil pendapat hukum
yang berbeza dengan pendapat hukum kebanyakan ulama. Beberapa pendapat tersebut
adalah:
Kebijakan
(tasarruf) yang berkaitan dengan hak waris dan hibah misalnya, yang dilakukan
oleh seorang yang dalam keadaan sakit,dalam hal ini sakit yang membawa kepada
mati yang bersangkutan,adalah sah dan memiliki akibat hukum sebagaimana orang
yang sihat, sedangkan menurut jumhur ulama hal tersebut tidak dapat dinyatakan sah.
Jumhur ulama mengajukan bahawa tasrruf yang demikian dikhuatirkan hanya
berdasarkan pertimbangan kasih sayang yang emosional yang akan menghalangi hak
waris bagi ahli waris karena seluruh harta telah dihibahkan kepada orang yang
dikasihi tersebut. Menurut ulama penganut mazhab Zahiriyyah yang dijadikan
kelompok jumhur tersebut tidak dapat diterima berdasarkan pada nas, tetapi
hanya berdasarkan rasional, dan tidak ada tempat bagi rasional dalam menetapkan
hukum Islam.
Air
dapat terkena najis kerana dimasuki oleh air kencing manusia,kerana ada nas
hadisnya. Rasulullah saw bersabda : “Janganlah salah seorang dari kamu kencing
di air yang tergenang (tidak mengalir) kemudian ia mandi di dalam air tersebut”.
Dan tidak terkena najis karena dimasuki oleh kencing babi karena tidak ada
nashnya. Apabila dikatakan kepada mereka bahkan hukum kencing babi mengikuti
hukum dagingnya, dan dagingnya najis hukumnya, tentulah kencingnya pun najis .
Tidak
sah talak kecuali dengan menggunakan lafaz “at-talak”, as-sara
(melepaskan), al-firaq (memisahkan). Hal ini disebabkan kerana tiga
macam lafaz yang disebut oleh nas, dalam hal ini adalah Al-Quran al-Karim surah
al-Baqarah : 229, 241, an-Nisa :130, al-Ahzab:49 dan surah at-Thalaq ayat 2. Kerana
Allah swt tidak menyebutkan kecuali tiga
lafaz ini, maka tidak boleh melepaskan ikatan perkahwinan yang dilakukan dengan
menggunakan kalimat lain.
Setiap
segala sesuatu yang tumbuh di bumi yang mempunyai nilai ekonomi wajib dizakati,
hanya saja pada hasil bumi yang diukur dengan timbangan ditetapkan syarat
supaya harta tersebut wajib dizakati
hendaklah dalam satu jenis dan sudah mencapai lima wasak (lebih kurang 553 kg)
menurut jumhur ulama fikh. Sedangkan pada hasil bumi yang tidak diukur dengan
timbangan akan terkena kewajiban zakat baik banyak ataupun sedikit. Pendapat di
atas berdasarkan a). riwayat Ibnu Abbas bahwa ia memungut zakat dari daun
kucai. b) riwayat Ibnu Umar memungut zakat salt (sejenis gandum yang tidak
berkulit), sedangkan c). Riwayat Umar bin Abdul Aziz menujukkan bahawa wajib
hukumnya mengeluarkan zakat pada seluruh yang dihasilkan oleh bumi. Ketiga
hadis ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad bin Hanbal. Untuk membangun mazhabnya, Daud
az-Zahiri menulis beberapa karya, antara lain:
Kitab
al-hujjah.
Kitab
al-Khabar al-Mujib li al-Ilmi, iaitu kajian tentang informasi keilmuan.
Kitab
al-Khusus wa al-Umum, buku tentang penjelasan lafaz umum dan khusus.
Kitab
al-Mufassar wa al-Mujmal, mengenai lafaz yang jelas dan tidak jelas
pengertiannya.
Kitab
al-Ifta al-Qiyas, yakni masalah penolakan atas qias.
Ifta
al-Taqlid, buku yang berisi mengenai larangan bertaklid.
Khabar
al-Wahid, buku tentang hadis Ahad.
SUMBANGAN
Pada peringkat awal sahaja, mazhab al-Zahiri mendapat
sambutan daripada ramai masyarakat. Namun bagaimanapun pada kurun kelima hijrah
mazhab ini telah merosot dan kemudian pada kurun kelapan mazhab tersebut telah
lenyap sama sekali. Di mana kesan-kesan peninggalan serta dasar mereka hanya
termaktub dalam kitab-kitab Fiqh sahaja.
Mazhab al-Zahiri tersebut sebelumnya pernah tersebar di beberapa negara iaitu Baghdad, Iraq serta Parsi. Seterusnya Mazhab tersebut juga diikuti oleh segelintir masyarakat yang tinggal atau menetap dunia negara ini iaitu di Afrika dan Andalusia.
Untuk menyebarkan aliran dari mazhab tersebut, Daud az-Zahiri telah mengarang beberapa buah kitab berdasarkan bab Fiqh, antaranya yang utama adalah : Kitab Ibtal al-Taklid, Kitab Ibtal al-Qiyas, Khabar al-Wahid, Kitab al-Mujib lil al-'llm, Kitab al-Hujjah serta Kitab al-Mufassir wal al-Mujmal.
PENUTUP
Secara
umumnya bermazhab bagi membolehkan kita mengamalkan agama dengan faham yang
sebenarnya. Sebabnya, kita tidak mampu dan kebanyakkan kita tidak layak kerana
tidak mempunyai ilmu yang cukup untuk berijtihad.
Secara
tuntasnya, walaupun mazhab Daud Az-Zahiri ini tersebar luas dan betapa ramainya
pengikut yang telah mengikut beliau tetapi mazhab ini tidaklah bertahan lama
dan tidak di guna pakai lagi semenjak dari kurun ke lapan hijrah dan tidak
berbaki lansung mazhabnya ini melainkan hanyalah berupa pendapat yang terdapat
di kitab-kitab.
Sesungguhnya
Imam Daud telah dikira sebagai penghafaz hadis nabi dan juga merupakan Imam
yang tersangat berpegang dengan dalil dari al-sunnah bahkan terlalu fanatic di
dalam mengambilnya sebagai dalil hokum syarak dan tanpa syarak.
Dan
kini hanya mazhab yang terus berkembang hingga sekarang dan masih banyak di
ikuti umat Islam hanya 4 mazhab iaitu :
Mazhab
Hanafi yang dirintis oleh Imam Abu Hanifah (W.150 H). Pemikiran hukum mazhab
ini bercorak rasional ( ahl al – ra’yi). Hal ini di sebabkan kerana mazhab ini
bermula di Khufah Iraq yang terletak jauh di Madinah.
Mazhab
Maliki yang didirikan oleh Imam Malik bin Anas ( 179 H). Pemikiran mazhab ini
banyak di pengaruhi oleh sunnah yang cenderung tekstual. Imam Malik termasuk
periwayat hadis, karyanya yang paling monumental ialah al- Muwaththa.
Mazhab
Syafi’I yang didirikan oleh Abu Abdullah Muhammad bin Idris al- Syafi’I (W.204
M). dan mazhab yang keempat ialah mazhab Hambali didirikan oleh Ahmad bin
Muhammad bin Hanbal ( W.241 M).
Oleh
kerana itu, kita hendaklah mengikuti salah satu mazhab kerana mereka juga telah
mengikuti al-Quran dan al- hadis. Dan dengan bermazhablah juga kita akan mudah
mengamalkan agama dengan lebih sempurna mengikuti cara yang telah di nyatakan
oleh Imam mazhab yang kita ikuti.
[1] Al-Quran, Surah Al-Nahl ayat 43
[2] http://al-quran.bahagia.us/_q.php?_q=sihab&dft=&dfa=&dfi=&dfq=&u2=&ui=1&nba=90
[3]
Al-Quran, Surah an-Nisa ayat 59
[4] http://alhammasiyy.wordpress.com/laman-sejarah-imam/mazhab-mazhab-yang-pupus/
[5] http://makalahmajannaii.blogspot.com/2012/05/mazhab-zahiri-aliran-zahiriyah.html
[6] http://makalahmajannaii.blogspot.com/2012/05/mazhab-zahiri-aliran-zahiriyah.html
[7]http://al-quran.bahagia.us/_q.php?_q=sihab&dft=&dfa=&dfi=&dfq=&u2=&ui=1&nba=90
[8] Al-Quran, Surah al-Nahl ayat 89
[9] Al-Quran, Surah al-Anfal ayat 38
cara penulisan perlu dibaiki dan mestilah membuat rujukan yang banyak tentang penulisan itu..Wallahu a'lam
ReplyDeleteKenapa ada salah ke dlm teks tu? Maaf tnya sbb x tahu😅
Deletemaaf nak kan penjelasan. sekiranya berlaku khilaf pendapat mujtahid dari kalangan zohiriyah adakah khilaf itu diambil kira dlm penghasilan ijma muktabar dan adakah khilaf itu merosakkan ijma?
ReplyDeletejuga, jika tidak keberatan, boleh disertakan sekali kitab ynag menjadi rujukan dalam penulisan ini ataupun jurnal?
Deletemaksud nalar tu apa ye?
ReplyDelete